Bajet 2016: Cuepacs Puas Hati Gaji Asas Minimum RM1,200

JOHOR BAHRU – Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan penetapan gaji asas minimum RM1,200 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016.

 

Penetapan gaji ini amat dinantikan 60,000 penjawat awam terutama mereka yang tinggal di bandar serta baru memulakan pekerjaan termasuk golongan belia, kata beliau.

 

Azih berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Ke-13 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia di sini, Sabtu.

 

Gaji asas minimum itu nanti turut diharapkan dapat membantu penjawat awam berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di bandar.

 

Azih juga berkata Cuepacs berpuas hati berikutan kerajaan bersetuju menambah baik 252 skim perkhidmatan, menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksanakan tahun depan.

 

Katanya pelantikan tetap pegawai lantikan ‘Contract of Services’ yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun adalah perkara yang harus dilakukan dan golongan itu berhak mendapat peluang itu.

 

Beliau juga berkata penetapan gaji minimum baharu itu juga akan mengubah kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam dan kadar pencen yang akan dinikmati golongan berkenaan. – Bernama

One thought on “Bajet 2016: Cuepacs Puas Hati Gaji Asas Minimum RM1,200

  • November 12, 2015 at 9:18 am
    Permalink

    Tuan Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda,Tuan..ingat sahaja pada Kakitangan Kerajaan,macam mana pesara pesara yang lama..yang masih menerima Pencen RM300/ kebawah.Datuk 2% setahun increament ada kah kewajib kepada pesara pesara Pos,TNB dan Telikom.
    Saya ini kerja dalam Pos Malaysia Bhd dari tahun 1979 hingga 2011.Privatise tahun 1992.
    12 tahun berkhidmat dalam Kerajaan..
    Perkhidmataan dalam Kerajaan / Swata 33tahun.
    Tetapi..baru baru ini Bajet 2016 yang Khidmat
    25tahun keatas dah pula naik pencen.
    Yang saya ini masih tunggu bila masanya Pencen nya akan naik.
    Datuk tolong sikit jangan lupakan kami..

    Sekian Terima Kasih

    Yang Benar
    Santhrakasan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.