Video: Kalau Pakatan Rampas Putrajaya, Anwar Keluar Penjara Awal – Guan Eng

Permatang Pauh – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, ketika memberikan ‘ucapan selamat tinggal’ semalam berkata rakyat Pulau Pinang akan tetap menunggu Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga keluar dari penjara bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat.

Lim yang berucap  hadapan kira-kira 500 penyokong Anwar semalam berkata semanagat Anwar akan membolehkan Pakatan Rakyat ‘merampas’ Putrajaya.

Kalau masih dalam (penjara) juga, semangat ini akan membawa kita (Pakatan Rakyat) ke Putrajaya.

“Kita tidak tahu berapa lama Dato Seri Anwar akan meringkuk dalam penjara” katanya ketika menyampaikan ceramah jejajah kempen ‘Rakyat Hakim Negara’.

Menurut Lim lagi, jika Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, rakyat Pulau Pinang akan tunggu sehingga beliau kelaur dari penjara.

Dengan gelombang baru reformasi berikut hukuman penjara ke atas Anwar, Lim berkata, Pakatan akan menawan Putrajaya dan Anwar akan keluar lebih awal dari penjara.

Perhimpunan tersebut berlangsung selama tiga jam hingga lewat malam.

PKR sebelum itu, memulakan kempen solidiriti bersama Anwar di seluruh negara dan kemuncaknya ialah perhimpunan besar-besaran di mahkamah Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.