Sheikh Abdul Qadir, Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia

Makkah – Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Al-Taha Sheibi meninggal dunia di sini pada Khamis, lapor portal berita, Arab News, hari ini.

Beliau meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Difahamkan, keluarga Al-Sheibi telah diberi amanah memegang kunci tersebut secara tradisi semenjak zaman Pra-Islam.

Penjaga kunci Kaabah ini turut dikatakan mempunyai susur galur dengan sahabat Nabi, Sheiba Bin Othama Abi Thalhah yang hidup pada zaman Nabi Muhammad (SAW).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.