Gempa Bumi 4.4 Skala Richter Di Pulau Banggi

Kota Kinabalu – Satu gempa bumi lemah berukuran 4.4 skala Richter berlaku di Pulau Banggi, kira-kira 60 kilometer di timur laut Pitas, utara Sabah, kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, Jabatan Meteorologi, kedudukan gempa dikesan di 7.19 darjah utara dan 117.31 darjah timur.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.