Gadis Dikritik Pengguna Media Sosial, Instgram Selfie Dengan Jenazah Ayah

Kuala Lumpur – Tindakan seorang gadis yang sempat ‘berselfie’ disamping jenazah ayahnya, mengundang kritikan pengguna media sosial.

Tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang  dikalangan pengguna laman sosial yang ‘terlihat’ gambar itu yang dimuatnaik di laman sosial Instagram.

Menurut seorang pengguna Abdul Hafiz, dia mengatakan bahawa gambar selfie itu kurang ‘enak’ dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.

“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu,” tulisnya.

Dalam masa yang sama si gadis ini turut menyiarkan gambar ibunya yang sedang bertafakur di tanah perkuburan dengan kapsyen  gambar dia berjanji akan menjaga ibunya selepas kehilangan ayahnya itu.

“Mama you still have us. I Promise gonna take care of you…insya-ALLAH #nyawaku,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.