Anjing Dipakai Serban, Perbuatan Hina Ulama Islam

Kuala Lumpur – Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid (gambar).

Beliau berkata gambar anjing berserban serta berjubah kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.

“Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Kuala Nerus hari ini.

Tamyes berkata umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.

“Tetapi kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” katanya.

One thought on “Anjing Dipakai Serban, Perbuatan Hina Ulama Islam

  • October 25, 2014 at 1:33 am
    Permalink

    negara Islam lain berperang nyawa dengan senjata…tetapi di negara kita berlaku perang mulut perang saikologi perang emosi perang minda menggunakan senjata media massa…satu fenomina yang menguji kematangan kewarasan dan keharmonian sosial masyarakat negara ini…semoga perselisihan , perbezaan pendapat dan fahaman yang ujud dalam pemikiran kita dikawal dengan baik agar tidak mencetuskan sengketa yang bolih menjejaskan perpaduan dan keamanan hidup rakyat dan negara…tersalah cakap bolih diperbetulkan tetapi terlanjur perbuatan bolih mengundang bencana dan bala petaka…berfikir dahulu sebelum bertindak kerana menyesal kemudian akan ditimpa perasaan…semoga kita sentiasa sihat fisikal minda dan emosi ke arah membina kehidupan yang harmonis bersatu dan maju jaya !

    indah bersinar batu permata
    dihias cantik menjadi idaman
    Malaysia negaraku tercinta
    rakyat bersatu negara aman.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.