36 Warga China, Vietnam Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Seremban

Seremban – Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 36 wanita warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di sebuah pusat hiburan di Taman AST di sini, malam tadi.

Pengarah Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman, berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 19 wanita warga China manakala selebihnya warga Vietnam.

“Semua wanita berkenaan berusia 18 tahun hingga 36 tahun. Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgunakan pas yang dikeluarkan kepada mereka untuk bekerja di negara ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua mereka dihantar ke depot tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

Katanya, operasi 10.30 malam itu melibatkan anggota Grup Taktikal Khas Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.