Pentadbir Laman FB Kementerian Wilayah Mohon Maaf Selepas Dikecam Netizen

SHAH ALAM – Pentadbir laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan malam tadi memuat naik status memohon maaf setelah status sebelumnya yang berkaitan ‘Rumah Paku’ mengundang kecaman pengguna media sosial (netizen).

‘Rumah Paku’ bermaksud sesebuah rumah atau premis yang berada ditengah-tengah projek pembangunan dan enggan dirobohkan pemiliknya atas sebab tertentu.

Ramai netizen menyifatkan hantaran status tersebut sebagai sindiran terhadap penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur yang menolak tawaran kerajaan untuk membeli tanah mereka.

“Admin benar-benar mohon maaf di atas posting mengenai Rumah Paku yang menyinggung perasaan warganet.

“Perkara ini amat tidak disengajakan dan berharap ia tidak dipanjangkan lagi. Posting tersebut tidak berniat apa-apa,” kata pentadbir laman berkenaan yang turut memadam status kontroversi itu.

Sementara itu, tinjauan SuaraTV di ruangan komen status mohon maaf itu menyaksikan lebih 4,500 komen ditulis netizen dengan rata-ratanya menyindir sikap pentadbir laman berkenaan yang didakwa tidak professional.

“Tak berniat apa2 wakluuuuuuuuuuu. Masa menaip status tu otak ko simpan kt kilang arak ke,” soal Zaini II secara sinis.

“Ingatkan menteri je beb*l… sekali staff kementerian pun ikut beb*l la,” komen Md Salihin Sukimi pula.

“Tolong profesional la buat kerja. page rasmi kementerian bukan untuk luahkan hati tisu dan mental koyak si menteri. salurkan maklumat yang rasmi dan berkait rakyat ja. kalau nak luah perasaan, guna ja fb lid tu,” ulas Nong Nokman Basyir.

Beberapa netizen lain turut berkongsi semula tangkap layar status kontroversi berkenaan.

“Jarang ada page resmi bodoh begini so kita simpan buat kenang kenangan,” kata Shenyie Ho Bair sambil memaparkan tangkap layar layar status tersebut.

“Nasib baik smpt screensht , simpan buat kenangan,” kata Arrif Tajudin yang berkongsi tangkap layar sama.

Baru-baru ini kerajaan menawarkan harga RM850 bagi satu kaki persegi untuk membeli tanah penduduk di Kampung Baru, bagaimanapun kebanyakan penduduk menolak tawaran tersebut kerana terlalu rendah dari harga pasaran. – SuaraTV

Lain-lain berita pilihan pembaca;

Kroni PH Untung Besar Jika Penduduk Kampung Baru Terpedaya Harga RM850 Persegi

Ribuan Penuntut Universiti Di Indonesia Tolak RUU Haramkan Seks Bebas

Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA

Hina Mahkamah, Tommy Thomas Digesa Letak Jawatan Peguam Negara

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.