Letak Jawatan Segera atau Rakyat Menghadap Agong Gesa Pecat Tommy Thomas

BANGI – PAS mendesak supaya Tommy Thomas meletakkan jawatan secara terhormat susulan kertas alasan penghakiman oleh Hakim Koroner, Rofiah Mohamad semalam, yang memutuskan secara prima facie bahawa peguam negara itu telah menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad menegaskan, jika Tommy Thomas tidak berbuat demikian, maka seluruh rakyat akan digerakkan untuk menghadap dan merafak sembah Yang Di-Pertuan Agong supaya memecat beliau berpandukan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan.

27 Ogos lalu, keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba itu tahun lalu.

Dalam alasan penghakiman oleh Hakim Koroner, Rofiah Mohamad ke atas permohonan bapa Arwah Muhammad Adib, iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid, untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Peguam Negara berhubung perlakuan beliau dalam Inkues Kematian Arwah Muhammad Adib, antaranya menyatakan:

Berita berkaitan;

Bapa Adib Dapat Kebenaran Koroner ‘Heret’ Tommy Thomas Ke Mahkamah

Peguam Keluarga Adib Harap Tiada Lagi Campur Tangan Peguam Negara

Menteri Tolak Gesaan Tubuh RCI Siasat Kematian Adib

“Adalah amat tidak wajar dan menyalahi prinsip perundangan inkues serta subjudis bagi Peguam Negara untuk mengambil kedudukan mengenai punca kematian arwah Adib yang menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan di dalam inkues yang sedang berlangsung.

“Atas imbangan kebarangkalian saya memutuskan bahawa pemohon telah menunjukkan secara prima facie bahawa Peguam Negara telah melakukan penghinaan terhadap Mahkamah,” kata Rofiah.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, PAS memandang serius perkembangan terkini mengenai kes itu serta tidak yakin terhadap kredibiliti Peguam Negara.

Ini kerana, mengikut Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan, menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, katanya.

“Tindakan Tommy Thomas dianggap tidak profesional dan amat bercanggah dengan Perlembagaan Negara Persekutuan seperti dinyatakan di atas.

“Malah, tindakan ini sekali gus menyebabkan prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib tertangguh dan kelewatan keadilan kepada keluarga Allahyarham,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara. – IsmaWeb

Lain-lain berita pilihan pembaca;

Hina Mahkamah, Tommy Thomas Digesa Letak Jawatan Peguam Negara

Kes Siti Kasim Batal Bukan Kerana Akrab Dengan Peguam Negara, Kata Menteri

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Video: Rayuan Bapa Adib, Harap Penghakiman Inkues Tegak Keadilan dan Tidak Diganggu

Pelik! Dah Lebih RM16 Bilion Aset Dijual, Hutang Tak Turun Tapi Makin Meningkat

Tiada Dokumen Perjanjian Yang Tetapkan Bila Anwar Jadi PM – Penasihat Media Dr Mahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.