UMNO Failkan Tuntutan Wang RM116.7 Juta Yang Dirampas Polis

KUALA LUMPUR – Berbaki empat hari sahaja lagi berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2018, parti itu hari ini memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menuntut wang rampasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah RM116.7 juta.

UMNO sebelum ini mendakwa wang yang dirampas itu adalah miliknya.

Tuntutan itu difailkan Tetuan Scivetti & Associates bagi pihak UMNO yang dibuat Jumaat lalu.

Permohonan itu dibuat terhadap Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Datuk Mohd Sakri Arifin sebagai pegawai serbuan dan empat pihak lagi.

“Mahkamah telah menetapkan tarikh 15 Oktober 2018 untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Puan Rumaizah Baharom di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya memetik laporan UMNO Online.

Menurut peguamnya, Datuk Hariharan Tara Singh, tuntutan itu telah memaklumkan bahawa salinan writ bertarikh 21 September dan pernyataan tuntutan bertarikh 20 September diserahkan kepada defendan pada 21 September.

Ekoran itu, semua defendan mempunyai msa selama 14 hari dari tarikh penyerahan untuk memasukkan kehadiran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Wang terbabit dirampas pihak berkuasa di enam premis yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – MalaysiaGazette

One thought on “UMNO Failkan Tuntutan Wang RM116.7 Juta Yang Dirampas Polis

  • September 25, 2018 at 3:06 am
    Permalink

    tuntut apa? duit rasuah ? parti rosak korup rakus khianat berkubur lah hendaknya… kepala buat rasuah ..semua sumber korup ! manusia laknat perompak penyamun tak malu? sedarlah diri awak semua? muka tampak tebal2 ya.. rudum lah hendaknya parti yg telah hancur musnah rasuah serasuah2nya..usah mimpi angan2 pulih..makin rudum hancur musnahlah hendaknya yg tak layak ada … keluarlah semua pengikut2 yg sedang masih telah tertipu!!!!! cemar najis cara dimana2 ..taik sepah2 …tinggalkan parti korup!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.