VIDEO: Syed Ali Al-Habshee Pula Tinggalkan UMNO

CHERAS – Ketua Umno Bahagian Cheras,  Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar daripada UMNO sebentar tadi.

Bekas Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu berkata, keputusan itu dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan.

“Secara rasminya saya nak beritahu bahawasanya saya ambil keputusan yang berat untuk saya umumkan di sini saya keluar daripada UMNO,” katanya di Dewan Pusat Rekreasi, Cheras, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama berkata akan mengumumkan parti baru yang akan disertainya, tidak lama lagi.

”InsyaAllah saya berjanji saya tidak akan khianati perjuangan orang Melayu dan Islam di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Syed Ali mencuri tumpuan apabila dilihat menghadiri sambutan Ulang Tahun Ketiga Parti Amanah Negara (AMANAH) di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Selain beliau, bekas Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar juga hadir pada majlis berkenaan. 

Kehadiran kedua-dua pemimpin berkenaan menimbulkan persoalan sama ada mereka bakal menyertai parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

Dengan pengumuman tersebut, Syed Ali merupakan pemimpin ketiga yang meninggalkan UMNO dalam tempoh dua minggu berturut-turut, selepas Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Datuk Seri Anifah Aman. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.