Khairy: Jika Tiada Hala Tuju Jelas, Saya Khuatir Lebih Ramai Keluar UMNO

SHAH ALAM – Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meluahkan kebimbangannya terhadap ‘trend keluar parti’ yang berlaku di dalam parti itu kebelakangan ini. 

Khairy berkata beliau bimbang lebih ramai pemimpin UMNO akan meninggalkan parti berkenaan di saat perhimpunan agung akan bersidang hujung minggu ini.

Sehubungan itu, katanya, parti perlu menentukan hala tuju yang jelas dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 September ini.

“PAU hujung minggu ini adalah ‘turning point’ untuk parti kita. Jika PAU tidak berjaya memberi hala tuju yang jelas kepada ahli parti dan rakyat, saya khuatir lebih ramai yang bakal keluar dari UMNO,” katanya di laman Twitter hari ini.

 

 

Khairy berkata demikian sejurus selepas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee yang mengumumkan keluar parti, tengah hari tadi.

Syed Ali yang juga bekas Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan berkata, keputusan itu dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan.

Beliau dalam masa yang sama berkata akan mengumumkan parti baru yang akan disertainya, tidak lama lagi.

Dengan pengumuman tersebut, Syed Ali merupakan pemimpin ketiga yang meninggalkan UMNO dalam tempoh dua minggu berturut-turut, selepas Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Datuk Seri Anifah Aman. -SuaraTv 

2 thoughts on “Khairy: Jika Tiada Hala Tuju Jelas, Saya Khuatir Lebih Ramai Keluar UMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.