Kabinet Perlu Tolak LGBT, Ambil Tindakan Pada Pihak Yang Manipulasi Hak Asasi Manusia – PAS

SHAH ALAM – PAS menyambut baik penegasan yang disuarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, seiring dengan penegasan berkenaan, kerajaan wajar mengenakan tindakan terhadap tokoh dan pertubuhan yang memanipulasi prinsip hak asasi manusia untuk tujuan berkenaan.

 

 

“Sebagai menegaskan pendirian tersebut juga, Perdana Menteri digesa supaya membawanya kepada Kabinet dan mengeluarkan suatu kenyataan rasmi Kerajaan berhubung perkara ini agar usaha mempromosikan perlakuan songsang ini sama ada dalam bentuk pemikiran atau amalan dapat disekat secara menyeluruh.

“Saya juga menyeru rakyat di negara ini agar menolak para pemimpin yang mesra, menyokong dan mendokong agenda LGBT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus bertegas bahawa agenda LGBT perlu ditentang bagi “memelihara jati diri budaya dan sistem kekeluargaan masyarakat di negara ini daripada dirosakkan seperti yang berlaku di negara-negara Barat pada hari ini”.

Mahathir baru-baru berkata gesaan Surujanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mahu kerajaan mengiktiraf hak golongan berkenaan tidak boleh diterima memandangkan sistem nilai di negara ini tidak sama dengan sistem nilai barat yang lebih bebas.

Menurut Mahathir lagi, Malaysia akan terus berpegang dengan konsep kekeluargaan yang sama, iaitu pasangan lelaki dan wanita, bukannya perkahwinan sejenis. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.