Hidap Kanser Hati, Puteri Balqis Jelaskan Tahap Kesihatannya

SHAH ALAM – Siapa yang tidak kenal dengan Puteri Balqis Azizi, pelakon kanak-kanak yang serba boleh. 

Akhir-akhir ini masyarakat dikejutkan dengan posting yang dimuat naik di laman sosial Instagram beliau, dengan sekeping gambar turut diletakkan tanda pagar #fightcancer bersamanya, sekaligus menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya penyakit yang dihidapi pelakon cilik ini.

Setelah sekian lama mengunci mulut, Puteri Balqis yang lebih dikenali dengan panggilan Aqish mengesahkan bahawa dirinya menghidap kanser hati pada peringkat awal.

Bagaimanapun Aqish berkata, keadaan kesihatan semakin pulih selepas menerima rawatan sejak akhir-akhir ini.

“Alhamdulillah, kesihatan saya semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital dan klinik.

“Saya sebenarnya mengalami masalah di hati dan sekarang ia masih di peringkat awal.

“Pada awalnya saya kerap demam dan muntah darah teruk sehingga Mommy mengambil keputusan untuk membawa saya pergi ke klinik.

“Setelah melakukan sinar-X (X-ray), baru tahu yang saya mempunyai masalah pada hati kerana apabila bernafas saya akan berasa sakit,” katanya dipetik Astro Gempak.

Sebelum ini posting di akaun Instagram Aqish, @rockingbalqis yang memaparkan gambarnya memakai topeng dengan tanda pagar #FightCancer membayangkan Aqish yang sebelum ini dikatakan mempunyai masalah jantung itu sedang menghidap penyakit kanser.

Ibu Aqish, Norashikin Mohd Aziz, menerusi laporan sebuah akhbar mengesahkan perkara itu, namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang penyakit yang dihidapi anaknya. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.