Boikot PRK PD Jadikan UMNO Fokus, Kata Nazir

Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin hari ini menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan UMNO diatas keputusan untuk memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Sambil menyatakan kesyukuran atas keprihatinan pucuk pimpinan UMNO ke atas suara akar umbi, Nazir Hussin menambah, tindakan memboikot PRK tersebut membuktikan UMNO rasional dan berbijaksana dalam berpolitik.

“UMNO perlu fokus kepada proses pemulihan dan tindakan memboikot PRK Port Dickson akan memberi kelebihan kepada parti untuk menumpukan kepada Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini,” katanya dalam kenyataan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memutuskan bahawa BN memboikot PRK Port Dickson pada Oktober depan.

“Maka kami mengambil keputusan bahwa BN akan boikot PRK PD.

“Ertinya kita tak akan letakkan calon mewakili BN atau atas nama BN,” kata Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, Nazir Hussin pernah menyarankan UMNO tidak bertanding di PRK Port Dickson yang dikosongkan untuk membuka jalan kepada bakal presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Tiada untung bertanding di Port Dickson kerana ‘track record’ tiga PRK (Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong baru-baru ini) tidak memihak kepada BN.

“Sentimen rakyat masih tidak berubah, sukar untuk mengembalikan kepercayaan mereka kepada UMNO dan BN. Majoriti Cina masih belum kembali.

“Sama ada Anwar menang atau tidak, langsung tidak memberikan kesan kepada UMNO/BN. Biarlah Anwar bertanding, UMNO/BN tidak perlu menghabiskan masa, wang dan tenaga demi cita-cita Anwar itu,” jelas Nazir Hussin.

Mengulas lanjut, tambah Nazir Hussin, pihaknya yakin keputusan memboikot PRK itu tidak akan menjejaskan semangat serta keyakinan ahli-ahli UMNO dalam mendepani kerajaan hari ini.

“Kerja UMNO menjadi lebih mudah kerana rakyat kini dapat melihat dengan sendirinya bahawa Pakatan Harapan terlalu tidak cekap dalam menjalankan tugas mentadbir negara, BN tetap kerajaan terbaik,” ujar beliau.

 

4 thoughts on “Boikot PRK PD Jadikan UMNO Fokus, Kata Nazir

  • Pingback:Boikot PRK PD Jadikan UMNO Fokus, Kata Nazir | Malaysia Updates News Portal

  • September 25, 2018 at 3:20 am
    Permalink

    boikot atau takut kalah? yg pasti korup pasti bungkus? usah mimpilah ya..

    Reply
  • September 25, 2018 at 8:07 am
    Permalink

    sapa ni parti rasuah..korup???? nyah terus parti korup!!! rompak penyangak curi khianat pd ikrar tipu agung. rakyat !!! biar rudum terus junam masuk gaung!! keluar lah yg buta kayu pd parti korup!!! cepat2 dakwa kita semua doa parti korup dgn kepala kuncu2 duk penjara selama2nya..pengkhianat penipu penyangak perompak takbur sombong bodoh rakus jelik kotor jijik!!!!! duk lah penjara ya!!! allah swt bersikap adil saksama maha berkuasa…nafilah tepisla…tk dpt elak tk dpt tipu… cabarlah undang2 dunia undang2 akhirat tak dpt elak punya…zalim kejam biadap perompak… fakta bukti jelas tepat tunggu lah ya! apa yg kau buat dulu terimalah nanti…hukuman .penjara setia menanti bila2 akan masuk..amin ya rabbul alamin… langit tu tinggi…

    Reply
  • September 25, 2018 at 8:10 am
    Permalink

    parti rosak .korup .kurap..musnah hancur jijik jelik ntah terus buang . ! JIJIK SEJIJIK2 NYA..KORUP KORUP KORUP…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.