BN Tanding Atau Tidak Ditentukan Hari Ini

SEREMBAN: Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson atau tidak, akan diputuskan dalam mesyuarat yang akan diadakan jam 2 petang ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata mesyuarat bersama Biro Politik UMNO akan diadakan hari ini bagi membuat keputusan sebelum dibincangkan di dalam mesyuarat bersama pemimpin BN.

“Kita akan bermesyuarat dulu dengan Biro Politik UMNO dan sebarang keputusan yang dibuat kemudiannya akan dibincangkan bersama pemimpin BN. Selepas itu, barulah keputusan (sama ada akan letak calon atau tidak) akan dibuat.

“Ini bukan PRK biasa, jadi kita akan bincang dengan serius sama ada UMNO atau BN akan letak calon di PRK Port Dickson. Segala keputusan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.

“Semua pandangan akan diambil kira termasuk keperluan BN meletakkan calon di PRK ini yang sengaja diadakan,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-14 di sini, semalam.

Sementara itu mengenai kemungkinan parti pembangkang lain termasuk PAS turut bertanding di PRK itu, Mohamad berkata, perkara itu terpulang kepada parti masing-masing. – BERITA HARIAN

One thought on “BN Tanding Atau Tidak Ditentukan Hari Ini

  • September 25, 2018 at 3:18 am
    Permalink

    sama jer tetap bungkus malap musnah korup… usah mimpilah ya…korup korup korup

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.