Wanita Vietnam Maut Terjun Dari Tingkat Tiga Stesen Monorel Imbi

WANITA warga Vietnam berusia 20-an ditemui maut dipercayai terjun dari tingkat tiga Stesen Monorel Imbi, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 1.22 petang.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah wanita warganegara Vietnam berusia 20-an terjun dari tingkat 3 stesen monorel berkenaan.

“Semakan berdasarkan pasport mangsa mendapati dia masuk ke Malaysia pada 10 September lalu,” katanya.

Mohd Sukri berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian.

“Tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.