Tahniah! Abang Long Fadil 2 Terima Anugerah Filem Box Office Dalam Festival Filem Malaysia ke 29

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Filem.lakonan Zizan Razak, Abang Long Fadil 2 menerima anugerah Filem Box Office menerusi Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) malam tadi.

Filem arahan Syafiq Yusof itu mendapat kutipan sebanyak RM17.3 juta sejak ditayangkan sejqk sebulan lalu dan masih ditayangkan sehingga kini.

Filem Hanyut arahan pengarah U-Wei pula meraih Kostum/Busana terbaik yang diilhamkan oleh Akma Suriati Awang.

Filem ini jyga menerima Anugerah Penataan Bunyi Terbaik.manakala filem Interchange dianugerahkan Sinematografi Terbaik.

FFM29 kali ini mempertandingkan 53 buah filem dengan 24 kategori. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.