Selangor Tertinggi Denggi Tahun Ini

SHAH ALAM – Selangor mencatatkan rekod tertinggi kes denggi dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Mengikut laporan statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, sehingga semalam, negeri itu mencatatkan 37,804 kes denggi, iaitu suatu jumlah yang membimbangkan dengan kadar 140 kes sehari, lapor MG.

Menurut laporan itu, jumlah kes yang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh itu ialah 69,255 kes dengan negeri kedua tertinggi ialah Kuala Lumpur sebanyak 6,544 kes, Johor (6,219), Perak (4,793), Negeri Sembilan (2,714) dan Kelantan (2,238).

Negeri paling rendah dilaporkan ialah Labuan, Sabah dengan hanya 65 direkodkan.

Bagi kes kematian disebabkan denggi, laporan itu menyataka, sebanyak 153 kes kematian dilaporkan dari Januari hingga 16 September lalu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.