Mahadzir Lokman Kritikal Di ICU PPUM

KUALA LUMPUR – Pengacara Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut adiknya Danial, ketika dihubungi Astro AWANI petang tadi, Mahadzir atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Dale, mula tidak sedarkan diri di kediamannya pagi tadi.

Danial turut berkata, Mahadzir, 60 tahun baharu pulang dari Jakarta, Indonesia atas urusan kerja dua hari lalu

Beliau dilaporkan terkena sejenis jangkitan yang telah menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya merosot.

“Abang saya tidak sedar diri sejak Subuh tadi. Kami cuba mengejutkan beliau untuk memberi suntikan insulin sekitar jam 10 pagi tapi beliau sudah tidak sedarkan diri dan pernafasannya terganggu,” kata Danial.

“Kami teris menelefon ambulans dan Mahadzir terus dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Danial, Mahadzir juga dilaporkan kini mengalami radang paru-paru dan buah pinggang beliau terjejas akibat terkena jangkitan.

Danial turut berkata harapan keluarganya agar rakan-rakan dan peminat yang mengenali Mahadzir untuk mendoakan kesejahteraan abangnya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.