Jangan Libat Mak Ayah Kata Janna Nick

Isu adegan ‘cium’ di antara pelakon lelaki, Fattah Amin dan pelakon wanita, Janna Nick masih hebat diperkatakan.

Kedua-duanya merupakan watak utama dalam sebuah drama Coffee Prince di bawah arahan penerbit Michael Ang.

Tercetusnya kontroversi ini semalam, selepas sebuah video adegan yang kelihatan seperti bercium dimuat naik seorang pelakon.

Rentetan daripada kontroversi tersebut, Janna menerusi akaun Instagramnya menulis kapsyen dia membenarkan semua pihak untuk melontarkan apa sahaja kepadanya baik dari segi kecaman, nasihat, pendapat dan apa-apa sahaja cuma jangan libatkan keluarganya dalam perkara itu, petik MH.

“Kiyummm sikit
Goodnight all…
Ruangan kecaman/nasihat/pujian/kritikan/luahan perasaan/masalah rumahtangga/berniaga/tinggi langsing/vitamin kurus gemok/bengkung sajat disediakan..sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah..
Bahasa kesat dibenarkan
Penggunaan binatang juga di benarkan tapi kalau yang comel2 ok la seperti kucing/arnab..contoh ayat; “eh kau ni buruk macam kucing”
Semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya. Segalanya diterima dgn hati yang terbuka atas kesilapan kerana berkelakuan tidak senonoh seperti gambar di atas walaupun tiada melibatkan sentuhan kulit…terima kasih saya ucapkan atas sifat prihatin dan kasih sayang uols untuk menjadikan kita sesama manusia menuju ke arah yang lebih baik…semoga nikmat kepuasan yang dirasai akan mengurangkan gejala sosial yang melanda negara kita! DEAR PEOPLE,U MAY START NOW,” tulis kapsyennya.

Rata-rata netizen telah meninggalkan bermacam kata-kata positif mahupun negatif di ruangan komennya.

cik_emanov11: Kita bukan nak maki cuma taknak janna ada imej tak elok,kita nasihat bukan sbab kita baik,tapi kita kan sama perempuan islam,tu jelah,next time kena fikir baik buruk babak2 dlam drama ni janna,janna kitorang tak kisah lansung org kutuk y sorang lagi,tapi kitorang xnak janna kena jugak..tu je….tapi tetap sokong janna

farra_afero: Really minat @jannanick …tp serius xsangka u terima adegan tu wlupon camera trick…adoii frust rasa…nape sume artis wanita melayu xpikir panjang..lps sorang2…yg nmpk baik plak tu…ape pon moga janna dpt jdkn pgajaran ok…
jarikalkulator: x kisah la camera trick atau apa.. cuma sensitif la sikit.. ada hak kn utk tolak scene. rezeki Allah bg. jgn liberal sgt please.

Dalam ada yang mengecam, ramai juga yang memberikan kata semangat buat Janna dan akan terus menyokong pelakon pujaan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.