Hukuman Kejam Di Penjara Korea Utara: Wanita Diperkosa, Jika Hamil Akan Dibunuh, Anak Dijadikan Santapan Anjing

Tahana wanita di Korea Utara yang diletakkan di kem-kem penjara politik ternyata sering diperkosa dan bila hamil akhirnya mereka akan dihukum mati.

Lebih mengerikan, mereka akan dibunuh dengan dibaling batu dan bayi mereka akan dijadikan santapan anjing penjaga, seperti yang dilaporkan Fox News.

Ia didedahkan oleh bekas tahanan wanita, Park Ju-yong, 29, yang diletakkan di penjara di Korea Utara selama lebih 20 tahun. Penderitaan itu didedahkan kepada akhbar Korea Selatan, Donga Ilbo.

Jelasnya, tahanan perempuan menjadi mangsa keganasan seksual di tangan pengawal atau pengawal keselamatan. Mereka yang sanggup melakukan seks akan dikurangkan beban kerja di kem penjara.

Park Ju-yong mengesyaki wanita yang hamil selepas diperkosa oleh pengawal akan dibuang dari kem itu dn dibunuh dengan senyap.

“Selepas melahirkan anak, ibu akan dibunuh dan bayi mereka yang baru lahir dijadikan sebagai makanan untuk anjing penjaga,” katanya.

Menurut Park, hukuman mati yang diberikan pada tahanan sangat mengerikan dengan menggunakan “beribu-ribu batu.”

Dia juga mengatakan bahawa tahanan harus melempar batu kepada tahanan lain yang dihukum mati .Jika tidak, para banduan akan diancam untuk dihukum mati juga.

“Tahanan akan melemparkan batu dengan kuat. Setiap kali batu mengenai tubuh mangsa, tubuh mereka akan dipenuhi dengan darah.

“Dagingnya akan tercabut sehingga kamu boleh melihat tulang mereka, dan mereka akan mati tanpa perlu menggunakan senjata,” kata Park.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.