Demam Denggi, Ridzuan Tetap Lari Laju

Atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya merangkul pingat emas acara 200 meter (m) T36 (celebral palsy) dengan catatan 26.03s walaupun mengalami demam denggi.
 
Ridzuan atau lebih mesra dengan panggilan Dek Wan ini melakukan pecutan pada 50 meter terakhir sekaligus menewaskan pesaing Indonesia, Muhamad Agung Laksana yang memenangi pingat perak dengan catatan 26.20s di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.
 
Sementara itu, menurut laporan Stadium Astro, Ridzuan akui berasa gembira kerana berjaya meraih pingat emas untuk negara.
 
“Saya gembira dapat bagi emas untuk negara. Saya datang hari ini dengan pelbagai nasihat doktor dan jurulatih, saya tahu mereka risau tapi emas ini penting untuk saya,” katanya, lapor Gempak.
 
Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Dek Wan dan berbangga dengan pencapaiannya.
 
Terdahulu, Ridzuan terpaksa menarik diri daripada dua acara, iaitu 100m, dan 400m T36 kerana belum pulih sepenuhnya.
 
Dia kini berada dalam pemantauan pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.