Beckham Seorang Yang Sangat Merendah Diri Kata Fazley

Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak dunia yang sangat diminati ramai serta menjadi idola kepada setiap peminat sukan bola sepak, David Beckham.

Semalam David telah berada di Malaysia bagi sebuah program ekslusif AIA Vitality Wellness Festival.

Datuk Fazley Yaakob di antara selebriti bertuah yang dapat berdiri satu pentas bersama pemain bola sepak dunia ini.

Fazley menyifatkan David seorang yang sangat merendah diri dan mesra dengan semua orang di sekelilingnya.

“Beliau sangat merendah diri dan humble orangnya, dia juga sangat mesra dan acknowledge setiap orang di sekelilingnya daripada emcee, bodyguard, organiser semua orang dia salam dan semua dia senyum,” ujar Fazley, petik MH.

Menurut Fazley, jika ada kerjasama lagi selepas ini di antara Jaya Grocer dan AIA Vitality iaitu kempen insuran bersama David selaku duta global, maka dia berpeluang lagi untuk bertemu dengan pemain bola sepak itu selepas ini kerana Fazley merupakan duta kepada Jaya Grocer.

Harapan Fazley terhadap kerjasama yang terjalin ini adalah dia berharap untuk setiap masyarakat di negara ini perlu menerapkan sikap makan untuk sihat.

“Dengan kerjasama Jaya Grocer dan AIA ini, saya berharap semoga memberikan impak kepada orang Malaysia bahawa setiap kali kita makan, kita perlu ingat bahawa makan itu untuk sihat bukan makan untuk kenyang semata-mata.

“Konsep program semalam, David dan juga saya adalah untuk menghasilkan makanan sihat sebab itu saya menjadi juri untuk nasi lemak sihat.

“Intipati utamanya adalah David merupakan duta cara hidup sihat dan saya sendiri sebagai seorang chef, saya sentiasa mengendalikan makanan yang lebih sihat seperti mana lazimnya saya sendiri tak ambil gula dan kurangkan karbo dalam makanan saya,” ujar Fazley.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.