Projek LRT3 Tak Libatkan Pengambilan Tapak Kubur

SHAH ALAM – Pembinaan projek jajaran Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) antara Bandar Klang ke Ste­sen Bukit Tinggi tidak akan melibatkan pengambilan tanah Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang.

 

 

Perkara itu diputuskan selepas pihak Jabatan Agama Islam Se­langor (JAIS) dan Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebagai pemegang konsesi LRT3 mengadakan perbincangan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Klang kelmarin.

 

 

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kassim berkata, tujuan perbincangan dengan syarikat konsesi itu diadakan adalah bagi mendapatkan penjelasan berhubung kebimba­ngan waris terhadap dakwaan berlakunya isu pemindahan kubur ke tapak lain.

 

 

“Berdasarkan perbincangan itu, pihak JAIS telah dimaklumkan oleh pihak konsesi bahawa jajaran LRT3 telah diluluskan oleh kerajaan dan ia tidak melibatkan tapak perkuburan Islam Simpang Lima di Klang.

 

 

“Salah faham berlaku apabila pihak konsesi mula melaksanakan bancian terhadap beberapa buah tapak kubur orang Islam berhampiran kawasan jajaran seperti dalam pelan pelaksa­naan projek,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.