Patung Lilin Brangelina Turut Dipisahkan

Sejak perpisahan pasangan selebriti popular ini, industri hiburan Hollywood memberi impak sehingga mempengaruhi perkara lain.

 

 

Paling mengejutkan, Muzium lilin Madame Tussauds di London turut memisahkan patung lilin mereka.

 

 

Menurut jurucakap muzium, tindakan tersebut dilakukan sebaik sahaja berita penceraian pasangan itu disahkan. Patung lilin Pitt dan Jolie dipisahkan dan diletakkan di tempat yang lebih sesuai.

 

 

Keputusan memisahkan patung Brangelina dilakukan bagi menghormati pasangan itu dan supaya tetamu yang hadir tidak lagi bergambar bersama bekas suami isteri itu dalam satu masa.

 

 

Patung Pitt kini diletakkan bersebelahan pelakon Morgan Freeman. Manakala patung Angelina kini berada berdekatan dengan patung pelakon kelahiran Australia, Nicole Kidman. Patung lilin Brangelina di lancarkan pada tahun 2013 ketika ulangtahun hari jadi ke-50 Pitt.

 

 

Terdahulu, Pitt dan Jolie sah bercerai selepas dua tahun berkahwin dan 12 tahun bersama.

 

 

Jolie memfailkan penceraian pada 15 September lalu dan pelbagai spekulasi timbul mengenai punca perpisahan mereka.

 

 

Antaranya dilaporkan sikap panas baran dan kaki mabuk Pitt yang akan membahayakan anak-anak mereka. Malah, sumber lain melaporkan Pitt didakwa berlaku curang dengan pelakon gandingannya dalam filem Allied, Marion Cotillard.

 

 

Sikap kuat cemburu Jolie juga dilaporkan antara penyumbang kepada perpisahan itu.

 

 

Selepas penceraian, Jolie meminta hak penjagaan enam anak mereka diberikan kepadanya dan dia tidak menuntut sebarang wang pampasan nafkah. Pitt dan Jolie berkahwin pada Ogos 2014 dan dikurniakan tiga anak termasuk sepasang kembar dan tiga lagi anak angkat yang diambil dari Ethiopia, Vietnam dan Kemboja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.