Norwegian Airlines : Jual Tiket Murah Guna Status Bujang Brad Pitt

Syarikat penerbangan Norwegian Airlines menarik perhatian ramai dengan menggunakan dua iklan yang memaparkan tiket berharga murah dari Oslo, Norway ke Los Angeles, Amerika Syarikat yang merupakan lokasi popular bintang-bintang ternama, termasuk Pitt.

 

Salah satu iklan itu tertera “Brad is single” (Brad sudah bujang), manakala satu lagi iklan pula tertera “Actor. LA. Newly Single” (Pelakon. LA. Kembali bujang).

 

Iklan itu secara tidak langsung mempromosi destinasi tersebut agar peminat boleh ‘mencari’ Pitt di bandar itu.

 

Kedua-dua iklan berkenaan mendapat pujian netizen yang melihatnya sebagai lucu. Malah, ada juga yang beranggapan ia satu strategi pemasaran yang bijak.

 

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita perceraian pasangan selebriti popular Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.