Matthias, Husam Batal Saman Terhadap Red Granite, Riza

Bekas Setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN) telah membatalkan saman terhadap Red Granite Pictures dan pengasas Riza Aziz serta Joey MacFarland.

 

 

Mereka secara sukarela membatalkan saman itu tanpa prasangka, demikian menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada Jumaat, supaya mereka boleh mencuba sekali lagi.

 

 

Ia dilaporkan oleh portal The Hollywood Reporter. Setakat ini peguam plaintif, Louis Burke masih belum memberikan komen mengenai perkara berkenaan.

 

 

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan kepada The Hollywood Reporter itu juga, Red Granite menyifatkan langkah menolak tuntutan undang-undang tidak serius ini adalah perkara tepat untuk dilakukan kerana ia tidak sepatutnya difailkan.

 

 

“Red Granite akan terus bekerja pada projek-projek baru yang menarik,” demikian menurut kenyataan itu.

 

 

Matthias dan Husam memfailkan saman “bagi pihak semua rakyat Malaysia” menuntut ganti rugi dan pemulangan harta dan aset yang mereka dakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad pada Ogos lalu di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York.

 

 

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC.

 

 

Tuntutan mereka mendakwa wang yang dijana melalui tawaran bon oleh 1MDB kononnya digunakan untuk membiaya Red Granite, yang membiaya filem Wolf of Wall Street.

 

 

Red Granite diasaskan pada 2010 oleh Riza dan kawannya, McFarland.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.