India Keluar Waran Tangkap Ananda Krisnan

NEW DELHI — Sebuah mahkamah di India mengeluarkan waran tangkap terhadap saudagar Malaysia terkenal Tan Sri T Ananda Krishnan dalam siasatan berhubung kes rasuah.

 

Ananda, yang memiliki syarikat telekomunikasi Maxis, bersama Ralph Marshall, timbalan pengerusi Astro All Asia Network, dikehendaki bagi membantu siasatan terhadap bekas menteri Dayanidhi Maran, lapor Bloomberg.

 

Biro Siasatan Pusat menyisat bekas menteri telekomunikasi India itu, antara 2004 hingga 2007, yang didakwa pilih kasih dalam pemberian lesen telefon.

 

Badan itu memberitahu mahkamah pada 2011 ia menyiasat sama ada Maran sengaja melengahkan lesen untuk Aircel Cellular dan memaksa kepentingan syarikat itu dijual kepada Maxis.

 

Agensi berita itu juga menyebut India mempunyai sejarah mengeluarkan waran tangkap yang sukar dilaksanakan.

 

Waran pernah dikeluarkan terhadap pengerusi Samsung Electronics Co Lee Kun-Hee berhubung pertikaian bayaran berjumlah US$1.4 juta (RM5.7 juta). – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.