Elak Beli Sambal Ikan Daging Ular Sawa -Jakim

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pengguna tidak menggunakan sambal ikan keluaran negara asing.

 

 

Ini berikutan sambal ikan nasi kerabu segera yang dijual dalam paket tersebut diperbuat daripada daging ular sawa.

 

 

Jakim menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihaknya memaklumkan bahawa, label produk berkenaan memanipulasi logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT).

 

 

“Untuk makluman, berdasarkan maklum balas yang diterima oleh kami dari CICOT, produk berkenaan pernah mendapat pensijilan halal dari mereka sejak tahun 2012.

 

 

“Walau bagaimanapun, kini produk berkenaan bukan lagi pemegang Sijil Halal CICOT. Dan isu ini masih di bawah tindakan mahkamah Negara Thailand atas isu penggunaan logo halal yang telah tamat tempoh,” kata kenyataan itu.

 

 

Tambah kenyataan itu lagi, pengguna dinasihatkan agar mengelakkan diri dari menggunakan produk tersebut sehingga siasatan kes selesai.

 

 

Sebarang kemusykilan mengenai viral dan status halal boleh disemak di laman web www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar myjakim.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.