Biasiswa OIC-Malaysia Untuk Wanita Di Negara Bergolak – Jamil Khir

KUALA LUMPUR – Biasiswa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)-Malaysia dilancarkan pada Jumaat bagi membantu golongan wanita di negara yang bergolak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 

 

Beliau berkata RM15 juta diperuntukkan di bawah biasiswa itu untuk membantu pelajar daripada Syria, Yemen dan Palestin bagi meneruskan pelajaran mereka dalam bidang seperti kejuruteraan awam, kaunseling, ekonomi, perubatan, perundangan dan teknologi maklumat.

 

 

“Ia merupakan usaha berterusan kerajaan Malaysia dalam memberi bantuan kepada rakyat di negara Islam yang terlibat dengan konflik.

 

 

“Mereka terdiri daripada anak-anak rakyat Syria yang telah berada di negara ini dan mereka yang berkelayakan yang akan dibawa dari luar negara.

 

 

“Mereka akan ditaja oleh pihak universiti sehingga mereka tamat belajar,” katanyamemetik laporan sebuah portal.

 

 

Tambahnya, dana untuk biasiswa tersebut merupakan hasil tajaan semua universiti awam di negara ini.

 

 

Sementara itu Zaleha berkata UIAM merupakan sekretariat kepada biasiswa berkenaan di Malaysia dan setakat ini 11 pelajar telah ditawarkan biasiswa itu yang meliputi bantuan yuran dan wang perbelanjaan harian sepanjang pengajian mereka.

 

Beliau berharap lebih banyak negara anggota OIC mengadakan usaha yang sama di negara masing-masing.

 

 

“Turki adalah antara negara yang telah menyatakan persetujuan bagi meneruskan program biasiswa tersebut dan menyasarkan kira-kira 1,000 pelajar wanita dapat dibantu dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.