Amyra Rosli Elak Bertembung Izreen Azminda?

Pelakon Amyra Rosli, tunang kepada pelakon Amar Baharin dilaporkan mengelak untuk bertembung dengan aktres Izreen Azminda. Perkara itu diakui sendiri oleh Izreen walaupun mereka sebenarnya tidak ada masalah.

Izreen yang juga bekas kekasih Amar mengakui dia enggan digandingkan dalam sebarang drama atau filem bersama Amar. Namun kisah lama itu mungkin turut terkesan buat Amyra yang kini telah bertunang dengan Amar, lapor sebuah portal.

 
Bagaimanapun Izreen berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Amyra apatah lagi kisah cinta antara dia dan Amar telah lama berlalu. Amyra sehingga kini belum lagi memberikan sebarang kenyataan mengenai dakwaan Izreen yang dia dilihat cuba mengelak jika bertembung dengan bekas kekasih Amar itu.

 

 

Amyra, 26, dan Amar, 31, bakal mendirikan rumah tangga pada 11 November depan dan telah mengikat tali pertunangan dalm sebuah majlis tertutup pada 22 Julai lalu. Majlis resepsi akan diadakan pada 12 November bagi sebelah Amar manakala 19 November bagi sebelah Amyra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.