Rima Melati Selamat Lahirkan Anak Lelaki Buat Marcel

Jakarta – Pasangan selebriti Marcell Siahaan dan isterinya, Rima Melati Adams, 34, telah dikurniakan seorang anak lelaki.

Menurut Marcell menerusi Instagram miliknya, Rima selamat bersalin secara pembedahan di Brawijaya Women and Children Hospital, Jakarta Selatan pada pukul 9.13 pagi Isnin lalu.

Marcell turut memperkenalkan anaknya itu yang diberi nama Seth Ananda Siahaan.

“Selamat datang ke dunia Seth Ananda Siahaan. Lahir pada 9.13 pagi, 2.825 kilogram, 47 sentimeter, secara pembedahan di  Brawijaya Women and Children Hospital, Jakarta,” katanya di Instagram.

Tambah Marcell, dia juga bersyukur kerana isteri dan anaknya itu menjalani proses kelahiran itu dengan selamat.

Sebelum ini, Marcell atau nama sebenar Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, 36 mempunyai seorang anak bernama Keenan Avalokita Kirana, 10, hasil perkahwinannya dengan komposer Dewi ‘Dee’ Lestari.

Manakala, Rima yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga juga mempunyai seorang anak lelaki, Edga Ian Cook, 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.