Pimpinan Tertinggi PKR, DAP Masih Tidak Kelihatan Di Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor – Menjelang baki dua hari lagi tempoh berkempen bagi kerusi Dewan Undangn Negeri PRK N.01 Pengkalan Kubor, pemimpin tertinggi daripada PKR dan DAP sehingga kini tidak kelihatan.

Sejak daripada hari penamaan calon wajah-wajah seperti Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Lim kit Siang tidak kelihatan bagi membantu calon PAS untuk berkempen.

Semalam buat kali kedua PAS mengadakan ceramah umum namun kelibat mereka (DAP dan PKR) langsung tidak kelihatan.

Mungkin ketidakhadiran mereka ini merupakan kesan daripada kegagalan dalam menyelesaikan isu Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini Penasihat Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor Datuk Takiyuddin Hasan berkata pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan hadir dalam ceramah umum yang dianjur PAS semalam.

Namun yang kelihatan hanyalah pemimpin daripada PAS sahaja.

PAS sehingga kini keseorangan berjuang menentang Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka.

Semalam dalam ceramah umum yang dihadiri kira-kira 3,000 lebih penyokong mungkin menimbulkan sedikit tanda tanya kepada mereka tentang ketidakhadiran wakil dari PKR dan DAP, ini jelas menunjukkan perasaan negatif terbuku disudut hati mereka.

Berbeza dengan calon BN Mat Razi Mat Ail yang sentiasa mendapat sokonga moral daripada pimimpin mereka baik dari pemimpin akar umbi sehingga pimpinan tertinggi semuanya memberi sokongan yang penuh terhadap calon mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.