Esok Azmin Mengadap Sultan Bagi Senarai Exco Baru Selangor

Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, esok bagi mencadangkan senarai nama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor yang baharu.

“Sekarang ini kita sedang teliti barisan EXCO baharu dan disusuli pertemuan kedua petang ini… Insya-Allah kita selesaikan proses ini esok dan menghadap Tuanku sebelum majlis angkat sumpah, Jumaat ini.

“Saya sudah mengadakan perbincangan awal dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi tentang tugas Menteri Besar dan sekarang Majlis Taklimat bersama Ketua Jabatan dan pegawai kanan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Bilik Gerakan Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.