Pertumbuhan ekonomi Malaysia di landasan terbaik – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan sentiasa bersedia dengan rancangan, pelan tindakan dan idea untuk menghadapi sebarang cabaran dan mencipta peluang sebagai usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, sebagai negara berdagang, Malaysia sememangnya akan terkesan dengan perubahan ekonomi global.

Katanya, permintaan luar yang lemah terutamanya daripada rakan dagang utama seperti China pasti akan memberikan impak kepada Malaysia.

“Apa yang lebih penting adalah, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, ketahanan ekonomi kita kekal teguh. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 lebih baik berbanding negara serantau ASEAN lain.

“Inflasi kekal pada tahap yang baik pada 2.4 peratus. Kadar pengangguran, kini pada tahap terendah dalam tiga tahun pada 3.4 peratus.

“Hala tuju ekonomi negara telah diletakkan menerusi kerangka Ekonomi Madani. Kita juga meneroka pasaran tenaga boleh baharu dengan sasaran menjadi peneraju rantau ini. Reformasi kepada pasaran kerja dan gaji juga telah dimulakan dengan kertas Dasar Gaji Progresif.

“Tanggungjawab sebagai kerajaan adalah sentiasa bersedia dengan rancangan, pelan tindakan dan idea untuk menghadapi sebarang cabaran dan mencipta peluang. Kerajaan Perpaduan berada dalam landasan itu,” jelas beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Rafizi berkata demikian mengulas berkenaan, pelbagai perbincangan dan persoalan berlegar berkenaan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang 2.9 peratus pada suku kedua 2023.

“Sebagai konteks, kadar pertumbuhan ekonomi diperoleh dengan membandingkan angka semasa dengan angka dari tempoh sebelumnya. Bila kita bercakap tentang Pertumbuhan Tahunan (YoY), kita sedang membandingkannya dengan data tahun sebelumnya.

“Jumlah pertumbuhan ekonomi pada 2.9 peratus suku kedua 2023 dilihat lebih kecil disebabkan kesan asas yang tinggi (high base effect) kerana pembukaan ekonomi pasca COVID19 pada tahun 2022 yang mewujudkan kesan asas tinggi pada suku kedua 2022.

“Kesan asas” muncul apabila angka dari tempoh rujukan (sama ada setahun atau suku tahun yang lalu) sangat tinggi atau rendah yang menjadikan kadar pertumbuhan dilihat lebih kecil.

“Dari sisi lain, Pertumbuhan Sukuan (QoQ) membandingkan angka terkini dengan angka dari tiga bulan yang lalu. Untuk mendapatkan gambaran ekonomi sebenar Malaysia yang lebih jelas, pertumbuhan sukuan (QoQ) menunjukkan peningkatan dari 0.9 peratus kepada 1.5 peratus, menjadi indikator yang lebih sesuai,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat