Wanita Merungut Dengar Bunyi Azan Dihukum Penjara

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan, hari ini kerana merungut tentang laungan azan terlalu kuat.

Meiliana, 44 tahun, didapati bersalah kerana menghina Islam selepas dia meminta masjid di kawasan kejiranannya memperlahankan sistem pembesar suara laung azan atas alasan ‘menyakitkan telinganya’.

Mahkamah di bandar Medan di Pulau Sumatera memberitahu rungutan wanita itu turut mencetuskan rusuhan ganas di kawasan kejiranan tersebut, kira-kira dua tahun lalu hingga memaksa sebahagian penduduk Cina melarikan diri.

Tahun lalu, bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dihukum penjara dua tahun kerana menghina Islam selepas beliau didapati bersalah menggunakan ayat al-Quran dalam ucapannya ketika berkempen. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.