Video: Roti Canai Terbang ‘Landing’ Atas Kepala Pelanggan

VIDEO kehebatan aksi penebar roti canai terbang di sebuah gerai di Persiaran Angkasa Bandar Pinggiran Subang baru-baru ini, menarik perhatian netizen namun ia menjadi viral kerana tragedi lucu yang berlaku.

Dalam video itu, seorang wanita terpinga-pinga apabila kepalanya ditutupi roti canai terbang yang ‘terhempas’ akibat aksi terlebih lambung penebar roti canai itu.

Rakaman video berdurasi satu minit itu telah mendapat tontotan mencecah 2.4 juta dalam tempoh empat hari video itu tular di laman sosial facebook milik John Purba.

Pelbagai reaksi lucu dapat dilihat menerusi rakaman video berkenaan apabila secara tiba-tiba roti canai terbang itu ‘landing’ di atas kepala seorang wanita yang sedang duduk berhampiran gerai berkenaan.

Melihat reaksi spontan wanita itu seolah-olah bertanya apa sebenarnya berlaku kerana mendapati kepalanya ditutupi sesuatu dan pada masa sama seorang lelaki (si penebar roti canai) bertindak pantas mengambil semula roti canai terbang itu lalu beredar serta sempat meminta maaf.

Sehingga kini, rakaman tersebut juga mendapat 11,000 maklum balas dan 15,000 tanda suka dari netizen.

Seorang netizen bernama Farid Syazwan memberitahu, pemilik kedai roti canai terbang itu berasal dari Kedah dan memiliki sikap peramah serta sempoi.

Perniagaan yang mula bertapak hampir setahun itu beroperasi jam 5 petang dan sering mendapat tumpuan orang ramai kerana murah dan sedap. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.