Najib Gesa PH Tubuh RCI dan Siasat Tiga Projek Jika Syaki Ada Salah Laku

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tiga projek berkaitan China bagi menentukan sama ada wujudnya salah laku.

Projek berkenaan adalah Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mendesak kerajaan PH mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan, kajian impak ekonomi dan analisa manfaat kos bagi membolehkan rakyat menilai dengan sendiri sama ada baik atau sebaliknya bagi Malaysia meneruskan atau membatalkan ketiga-tiga projek tersebut.

“Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada kemarahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) atau terhadap kerajaan China yang tidak mahu tunduk dengan kemahuan PH.

“Sehingga kesemua dokumen itu didedahkan, saya kecewa dan sedih bagi penduduk Pantai Timur Semenanjung kerana akan kehilangan pembangunan pemangkin kemajuan negeri mereka dan peluang untuk mereka meningkatkan taraf ekonomi sama seperti yang diperoleh penduduk di pantai barat,” katanya menerusi akaun Facebook beliau, hari ini.

Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan Malaysiakini, mengakui tidak mudah untuk membatalkan projek mega dibiayai negara China yang telah ditandatangani persetujuannya.

Kata beliau, apa yang telah beliau lakukan adalah menetapkan prinsip tentang bagaimana untuk bergerak ke hadapan tetapi sama ada projek itu akan dibatalkan, ditangguhkan atau diselesaikan melalui cara lain, belum dapat ditentukan lagi.

Selasa lalu, Dr. Mahathir dalam sidang akhbar di Beijing, China, memberitahu kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek ECRL dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP). – UTUSAN

One thought on “Najib Gesa PH Tubuh RCI dan Siasat Tiga Projek Jika Syaki Ada Salah Laku

  • August 24, 2018 at 3:43 am
    Permalink

    sapa2 yg kes dalam siasatan , kes berjalan, belum putus mahkamah patutnya diharamkan dan dihalang dari bercakap dgn media. radio atau apa saja tak kira sapa menteri , senator asalkan manusia.. apa hak awak nak cakap macam2 ..dulu salahlaku terlampau2 banyak……….. tak malu tak sedar diri ke…. tv media tak perlu terhegeh2 nak cari publiksiti….. sibuk nak cakap itu ini sedarlah diri hoi…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.