Mahathir Perlu Jawab Isu Memali Kata Nazri Aziz

 

KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan pendiriannya menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja(RCI) berkenaan peristiwa berdarah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

Menurutnya, tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bertepatan dengan keadaan serta tindakan penduduk kampung yang tidak mempunyai senjata api.

“Saya menyokong penuh supaya diadakan RCI ini kerana sehingga hari ini ia(Memali) tidak mempunyai kepastian dan sebenarnya ia melibatkan satu peristiwa(berdarah).

“Ketika ia berlaku dahulu, saya juga terasa sebagai orang muda ketika itu, tindakan pihak keselamatan adalah tidak seimbang dengan apa yang berlaku di Memali itu.

“Ia kerana semua mereka terdiri daripada orang kampung yg tiada senjata moden. Mereka bukan merupakan pengganas, jadi sepatutnya tindakan terhadap mereka itu sepatutnya menggunakan pendekatan seperti (meleraikan) demonstrasi,”

Berita lanjut menyusul.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.