Dendam Pada Bekas Suami, Ibu Sanggup Potong Alat Sulit Anak

Seorang wanita di China sanggup memotong alat sulit anak lelakinya dengan gunting semata-mata kerana mahu membalas dendam terhadap bekas suami dan keluarga lelaki itu.

Memetik Shanghaiist, kanak-kanak berkenaan dibawa segera ke hospital selepas salah seorang anggota keluarga lelaki terbabit mendengar khabar mengenai kejadian tersebut.

Nasib baik kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan dan pembedahan telah dilakukan ke atasnya. Malah doktor juga memberitahu, jika rawatan berjalan lancar, kanak-kanak berkenaan berupaya memiliki cahaya mata sendiri ketika dewasa kelak.

Dalam pada itu, keluarga lelaki itu memaklumkan bahawa wanita itu telah meninggalkan rumah mereka lebih setahun lalu dan sudah berkahwin lain.

Tidak diketahui punca wanita itu kembali semula dan kemudian tanpa belas ihsan sanggup memotong alat sulit anaknya sendiri.

Kejadian itu mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen yang tidak sangka wanita itu sanggup melakukan perbuatan tersebut kepada anaknya sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.