Wanita Australia Dakwa Dicabul Pramugara MAS

KUALA LUMPUR – Seorang wanita Australia yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual ketua pramugara sebuah penerbangan Malaysia Airlines 2 tahun lalu kini menyaman syarikat itu menuntut pampasan A$200,000 (RM616,000) di bawah Perjanjian Montreal.

 

Laura Bushney, 28, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos, 2014, ketika ketua pramugara pesawat tersebut, Mohd Rosli Ab Karim, yang kini menunggu perbicaraan di Perancis, dikatakan mencabul beliau.

 

Kenyataan tuntutan Laura difailkan di Mahkamah Persekutuan di Australia Barat semalam.

 

Menurut kenyataan itu, Laura memberitahu anak kapal mengenai rasa gemuruhnya untuk menaiki pesawat, dan Rosli berjanji “memeriksa” keadaannya.

 

Beliau mendakwa Rosli kemudian melakukan urutan kaki terhadapnya, dan meramas bahagian perut dan peha, sebelum memasukkan tangannya ke dalam seluar dan menyentuh kemaluan wanita itu.

 

Bagaimanapun, Laura mengalami muntah menyebabkan Rosli beredar dari situ, menurut kenyataan itu.

 

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, Laura terus melaporkan kepada seorang pegawai Malaysia Airlines beliau dicabul.

 

Polis Perancis kemudian menahan Rosli, manakala Laura bersetuju melakukan ujian DNA.

 

Rosli yang didakwa sebelum dibebaskan dengan jaminan, dipecat daripada Malaysia Airlines 2 minggu selepas insiden itu.

 

Di bawah Perjanjian Montreal, Laura mempunya 2 tahun bagi menuntut gantirugi disebabkan kecederaan fizikal yang dialaminya.

 

Laura berkata kejadian itu menyebabkan luka di bahagian kemaluan, susah tidur dan tekanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.