Gempa Bumi Itali Ragut 38 Nyawa

AMATRICE, ITALI – Gempa bumi kuat 6 magnitud yang menggegarkan tengah Itali hari ini sudah meragut 38 nyawa dengan jumlah korban dijangka bertambah.

 

“Ramai yang terperangkap bawah runtuhan dan juga ramai lagi yang masih hilang,” kata Ketua Jabatan Kecemasan, Immacolata Postiglione.

 

Sebelum ini beliau mengumumkan angka kematian kini 37 orang namun membetulkan kenyataan berkenaan. –

 

“Bandar ini tiada lagi di sini,” kata Datuk Bandar Amatrice, Sergio Pirozzi merujuk kepada tahap kemusnahan yang melanda bandar itu selepas gempa pada jam 3.36 pagi waktu tempatan itu. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.