Video: Laluan Mukhriz Senang Jadi MB

Alor Setar – Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak berdepan dengan laluan sukar untuk dilantik sebagai menteri besar, tidak seperti pemimpin sebelumnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

Bercakap di Mesyuarat Perwakilan Umno Alor Setar hari ini, Najib berkata tidak seperti sebelum ini, tiada seorang pun yang mempersoalkan hak prerogatif beliau membuat perlantikan itu.

 

 

Najib yang juga menteri kewangan berkata keputusan itu dibuat sebelum pilihan raya umum 2013.

 

“Kedah menang sebab team work. Bila nak pilih Muhkriz (sebagai menteri besar), Ahmad Basha Md Hanipah bagi laluan. Tak merajuk, tak marah dengan keputusan saya, sebab saya ada (hak) prerogatif (buat perlantikan).

 

“Ahmad Bashah hanya cakap: “Ia okay, tapi kalau ada apa-apa bagi kat sayalah. Jangan lupa saya,” kata presiden Umno itu yang mengundang gelak ketawa kira-kira 1,000 hadirin.

 

Menurut Najib lagipresiden Umno berkata sebelum ini, pemimpin Umno negeri dipanggil bertemu dengannya satu persatu sama ada mereka bersetuju dengan pilihan beliau.

 

Mukhriz dan Ahmad Bashah antara yang hadir dalam majlis itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.