Semua Wakil Rakyat PAS Perlu Letak Jawatan – Mat Sabu

BUKIT MERTAJAM – Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mendesak semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas melepaskan jawatan masing-masing.

 

Mohamad atau Mat Sabu berkata, perkara itu memandangkan semua ADUN dan Ahli Parlimen Pas yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah atas tiket ‘bersama pakatan pembangkang.’

 

“Kenapa pula Ahli Parlimen GHB yang perlu letak jawatan? Mereka (PAS) sebenarnya yang perlu berbuat demikian kerana tidak lagi bersama pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran GHB peringkat negeri di sini malam tadi.

 

Dalam pada itu, bekas Timbalan Presiden Pas berkenaan terus mendakwa lebih ramai ahli Pas akan meninggalkan parti tersebut dalam masa terdekat dan menyertai GHB. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.