Perwakilan Mahu Najib Buang Pengkhianat UMNO

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji tindakan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang sebelum ini melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah apabila diputuskan oleh pucuk pimpinan.

 

Disebabkan mengambil sikap ‘akur’ kepada ketua, ia bukan sahaja memberikan kelicinan dalam sesebuah dalam organ parti malah memberikan kejayaan besar pada parti bersuara majoriti itu, jelas Najib ketika merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Alor Setar semalam.

 

Beliau berkata sikap begitu adalah penting ditunjukkan oleh setiap ahli yang setia dalam memberikan kerjasama erat dan semangat juang kepada parti. Ia sekali gus membuang sikap khianat yang boleh merosakkan organ dalaman sesebuah parti.

 

“Datuk Bashah dia berkorban bila saya kata saya nak pilih Datuk Mukhriz jadi Menteri Besar. Dia bagi laluan. Dia tak ada nak protes apa- apa. Dia tak protes, dia tak merajuk, dia tak apa-apa. Tapi dia kata, tengoklah Datuk Seri, apa yang patut diberi sekarang. Itu sahaja Datuk Seri. Apa- apa saja. Jangan lupa saya. Itu sahaja. Ini cerita benar.

 

“Dia korbankan pengerusi perhubungan disebabkan saya presiden parti yang membuat keputusan. Maka dia mengikut sahaja. Dia terima sahaja. Ini semua puak- puak penerima (perwakilan) Inilah ‘team work’ kita. Bila ada ‘team work’ Umno menang. Semua kita akan ‘control’ dan kita boleh menang lagi pada pilihan raya akan datang.

 

Mengulas isu pemimpin tertentu dalam parti yang bertindak khianat menyerang pucuk pimpinan hingga menjejaskan parti, beliau mengibaratkan pengkhianatan itu seumpama menjaringkan gol ke gawang sendiri.

 

“Macam Kedah menang piala super liga. Saya manager. Siapa yang jadi ‘striker’, siapa yang jadi ‘midfield’ siapa yang jadi ‘gol keeper’ semua main satu pasukan.

 

“Kalau ada orang score gol sendiri apa saya nak buat sebagai manager,”  soal beliau yang kemudiannya dijawab para perwakilan yang melaungkan perkataan ‘buang’ berulang kali.

 

“Sebab itulah saya cakap. Kita ‘teamwork’ tapi manager pun ada dia punya stakeholders. Dia tanggungjawab pada siapa. Saya tanggungjawab pada parti dan pada rakyat,” katanya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.