Tetulang Konkrit MRT Jatuh, Trafik Sesak Di Cheras

Kuala Lumpur – Sebelas daripada 16 tetulang konkrit yang terjatuh daripada sebuah treler muatan panjang di atas jejambat Bulatan Bilion, Cheras di sini menyebabkan kesesakan lalu lintas pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Difahamkan kejadian itu berpunca daripada tindakan pemandu treler berkenaan yang berhenti secara mengejut bagi mengelak kenderaan di hadapannya hingga mengakibatkan tali yang mengikat tetulang itu terputus.

Menurut jurucakap pusat info trafik (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Lebuhraya Grand Saga menuju ke Bulatan Bilion.

“Bagaimanapun tetulang konkrit itu telah dialihkan pada jam 1.40 petang tadi dan trafik kembali lancar seperti sedia kala.

“Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan,” katanya dipetik Bernama.

Kejadian itu turut dikongsi di media sosial.

Tetulang Konkrit 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.