Selangor Kembali Berbisa, Pulau Pinang Terus Hampa

Selangor kembali bangkit daripada dikecewakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas membenam Sime Darby 2-0 dalam saingan kumpulan D, Piala Malaysia.

Jika dalam aksi terdahulu, penyerang sensasi mereka Paulo Rangel jelas buntu untuk memburu gol, namun tidak pada malam ini. Tonggak import dari Brazil itu menjaringkan gol di minit ke-18, sebelum Hazwan Bakri pula melengkapkan kemenangan 2-0 Selangor di Stadium Selayang.

Dalam pada itu, tiada apa yang dapat dihadiah oleh pasukan Pulau Pinang kepada penyokongnya apabila tewas 3-1 di gelanggang sendiri kepada JOhor Darul Takzim (JDT) dalam saingan kumpulan C.

JDT yang banyak menguasai perlawanan meraih peluang seawal minit ke-7 apabila sentuhan Amri Yahyah yang menyambut hantaran Safiq Rahim diselamat penjaga Pulau Pinang, G. Jeevananthan.

Gandingan dua pemain itu dilihat berkesan di barisan depan JDT. Di minit ke-13, Amri melakukan tandukan gol di sudut yang sukar selepas menerima lambungan daripada Safiq.

Seminit kemudian, giliran Safiq pula melakukan jaringan selepas dia mendapat hantaran leret yang menarik daripada Amri.

Di penghujung perlawanan babak pertama, Pulau Pinang hampir-hampir melakukan jaringan apabila import mereka, Gil Hoon melakukan rembatan yang sedikit tertampan pemain lawan.

Bersambung babak kedua, kesungguhan Pulau Pinang untuk mengejar JDT akhirnya berjaya apabila Gil Hoon berjaya melepasi Aidil Zafuan sebelum merembat masuk, di minit ke-65.

Di minit ke-68, penyerang berbisa JDT, Nazrin Nawi hampir-hampir apabila melakukan rembatan deras ketika dia berada dalam keadaan sukar, namun penjaga gol lawan dilihat lebih bersedia untuk menahan percubaan tersebut.

Semangat dan impian Pulau Pinang untuk menyamakan kedudukan bagaimanapun musnah di minit ke-70, apabila Jorge Pereyra Diaz yang baru sahaja masuk menggantikan Luciano Figueroa dengan mudah menanduk masuk bola lambungan daripada Amri Yahya. Ia adalah kekalahan 3-1 kedua Pulau Pinang selepas tewas kepada Kelantan dalam perlawanan terdahulu.

 

Berikut adalah keputusan 8 perlawanan pada hari ini:

ATM 0 Kelantan 3
Johor DT II 2 Singapore LIONS XII 1
Pahang 2 Felda United 3
PDRM 4 PBDKT T-Team 1
Penang 1 JOhor DT 3
Sarawak 1 Kedah 2
Sime Darby 0 Selangor 0
Terengganu 2 Perak 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.