DUN Kelantan Umum, Kekosongan Kerusi N01

Kota Bharu – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, mengumumkan kekosongan kerusi N01 DUN Pengkalan Kubor, selepas menerima surat rasmi kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Ia diserahkan Badan Perhubungan UMNO Negeri pagi tadi.

“DUN Kelantan terima surat rasmi daripada Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang menghantar surat kematian Allahyarham Noor Zahidi.

“Dengan penerimaan surat ini, saya dengan rasmi mengumumkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor (N01),” katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim, sebentar tadi.

Katanya, satu surat rasmi dari pejabat DUN Kelantan akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.