Adik Beradik Muktadil Suspek Utama Kes Penculikan di Sabah

Semporna – Polis telah mengesahkan adik beradik Muktadil sebagai suspek utama dalam siri penculikan dan pembunuhan yang berlaku di kawasan sempadan timur Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata dua suspek utama yang berjaya dikenalpasti ialah, Nilson Muktadil berusia lingkungan 30an dan Badong yang berusia 40 an.

Beliau menambah pihak berkuasa kini sedang berusaha mengenalpasti identiti seorang lagi rakan subahat kumpulan tersebut.

Ketiga-tiga suspek dipercayai memasuki Semporna sebagai imigran haram dan mereka didakwa cuba menceroboh masuk ke Tanjung Sirangol dan Pulau Maiga pada Khamis. Kumpulan tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.

Jalaluddin berkata dua adik beradik itu dipercayai terlibat dengan beberapa kes penculikan yang menuntut wang tebusan di Pulau Tawi-Tawi selatan Filipina.

Beliau berkata Nilson tinggal di Kg Bangau-Bangau, dipercayai terlibat dengan dua kes penculikan melibatkan dua pelancong China, Gao Huayun, 29, dan pekerja warga Filipina Marcy Darawab, 40 daripada Singamata Reef Resort di Semporna pada 2 April.

“Kedua adik-beradik itu dipercayai terlibat dengan kes penculikan, dan yang terakhir melibatkan kejadian seorang anggota polis Marin ditembak mati dan satu lagi kes menculik anggota polis pada 12 Julai lalu,” katanya kepada pemberita di Semporna pada Sabtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!